Yahoo! boleh dikatakan kian dilupakan ramai dari hari ke hari – apatah lagi dengan operasi tempatan yang telah ditamatkan mereka sebelum ini. Terkini, Yahoo! dilaporkan mungkin bercadang untuk menjual perniagaan internet mereka kepada pelabur atau firma ekuiti persendirian yang lain.
Yahoo! sejak akhir-akhir ini mula ditinggalkan pengguna, apatah lagi dengan perkhidmatan emel lain yang menawarkan fungsi lebih menarik berbanding dengan Yahoo! Mail, serta aplikasi permesejan lain yang lebih menarik berbanding Yahoo! Messenger.
Beberapa perkhidmatan Yahoo! seperti Flickr masih popular, malah Yahoo! sendiri telah berusaha menambah pengguna mereka dengan mengambil-alih Tumblr sebelum ini.
Namun, para pelabur sedia ada Yahoo! masih tidak berpuas hati dengan prestasi syarikat internet berkenaan.
Pada hari ini, aset paling bernilai yang dimiliki Yahoo! adalah pegangan saham mereka di Alibaba – yang bernilai hampir $32 bilion, serta pegangan pada Yahoo! Japan yang bernilai sekitar $8.5 bilion. Secara anggaran, gabungan perkhidmatan lain seperti Yahoo! News, Yahoo! Mail, Yahoo! Search dan sebagainya cuma dianggarkan sekitar $3.9 bilion sahaja.
Pihak Yahoo! masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan desas-desus terbaru ini, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya tidak lama lagi. Walaupun kian kurang popular berbanding perkhidmatan daripada Google, Microsoft, Facebook dan lain-lain, pihak Yahoo! masih mempunyai antara trafik pengunjung web tertinggi di dunia.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Yahoo! Dilaporkan Mungkin Menjual Perniagaan Internet-nya"