WordPress – seperti dijanjikan, hari ini telah memperkenalkan WordPress 4.4 “Clifford” kepada semua pengguna WordPress, dimana melaluinya, ia menyertakan pelbagai ciri-ciri baru, selain terus mengoptimasikan penggunaan sistem pengurusan kandungan web mereka.
WordPress 4.4 menekankan terhadap sokongan imej yang responsif – dimana saiz imej dioptimasikan mengikut saiz skrin peranti. Disamping itu, kini WordPress turut menyertakan fungsi embed untuk membolehkan para pengguna menyertakan kandungan daripada web anda di web lain – lebih kurang seperti mana anda embed kandungan daripada YouTube, Twitter, Facebook dan sebagainya.
Disebalik tabir pula, WordPress 4.4 menyertakan sokongan REST API yang memudahkan para pembangun membangunkan pelbagai perkara pada platform WordPress.
Dan akhir sekali, satu lagi perkara baru yang disertakan pada WordPress 4.4 adalah sokongan tema baru bersempena tahun 2016 yang mana membawakan rekaan blog klasik.
Bagi anda yang menggunakan WordPress, boleh memulakan proses kemaskini hari ini, atau memuat-turun dan mencubanya dalam pembangunan web anda.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "WordPress 4.4 Diperkenalkan Dengan Pelbagai Ciri-Ciri Baru, Serta Tema Twenty Sixteen"