Sembang Maniac

Sembang-sembang je

WhatsApp Menghalang Perkongsian Pautan Telegram Pada Aplikasi Permesejan Mereka

WhatsApp dan Telegram boleh dikatakan antara aplikasi permesejan yang popular di dunia, dan boleh dikatakan Telegram merupakan pesaing terdekat WhatsApp dalam menawarkan ciri-ciri penggunaan yang lebih sama.

Telegram WhatsAppKini, membawa persaingan setapak kehadapan, WhatsApp dilihat telah mula menghalang perkongsian pautan berkaitan aplikasi Telegram pada perkhidmatan mereka. Kini, sekiranya pengguna berkongsi pautan berkaitan Telegram, WhatsApp memaparkannya dalam bentuk teks biasa, dan tidak mengenal-pastinya sebagai pautan.

Telegram beroperasi menggunakan nama domain Telegram.ME yang menawarkan kemudahan untuk pengguna berkongsi cara untuk menghubungi mereka menggunakan perkhidmatan tersebut. Disamping itu, URL juga sering digunakan untuk menjemput rakan-rakan menyertai perbualan berkumpulan, atau mengajak rakan-rakan untuk mengikuti kemaskini berkala yang disediakan beberapa jenama menggunakan Telegram.

Ia tidak diketahui mengapakah perkara ini berlaku, dan tidak mustahil untuk kita melihat WhatsApp menyalahkan masalah teknikal untuknya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "WhatsApp Menghalang Perkongsian Pautan Telegram Pada Aplikasi Permesejan Mereka"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info