Sambungan kepada trilogi Uncharted yang dibintangi Nathan Drake ditangguhkan sekali lagi. Pada asalnya Uncharted 4 : A Thief’s End sepatutnya mula dijual pada musim luruh tahun ini. Ia kemudiannya ditangguhkan ke 18 Mac 2016. Beberapa hari yang lalu, Neil Druckman pengarah Uncharted 4 mengesahkan permainan ini akan sekali lagi ditangguhkan dan tarikh baru pada 26 April 2016. Penangguhan selama 5 minggu ini dilakukan bagi memastikan permainan terakhir di dalam siri popular keluaran studio Naughty Dog ini dilakukan dengan sempurna.
Beliau mahukan cerita Nathan Drake dapat dilakukan sebaik mungkin bagi memuaskan hati peminat yang sudah menunggu sejak 2011 untuk sambungan kepada cerita pengembaraan beliau. Sebagai peminat siri ini kami rasakan tindakan menangguh untuk memastikan kualiti terbaik adalah perkara yang baik. Lebih baik permainan diperhalusi terlebih dahulu dari mengalami masalah pada hari pelancaran seperti yang berlaku pada Assassin’s Creed Unity dan Batman Arkham Knight.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Uncharted 4 Ditanggguhkan Lagi – Kini Hadir April 2016"