Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sony Bakal Menerbitkan Filem Emoji Pada Tahun 2017

Penggunaan emoji merupakan salah satu perkara yang popular pada masa kini pada peranti pintar – terutamanya dalam laman sosial dan juga pada perkhidmatan permesejan. Melalui penggunaan emoji, ia membolehkan pengguna menyampaikan sesuatu ekspresi dengan pantas. Terdapat beberapa produk memfokuskan emoji telah hadir sebelum ini, termasuk papan kekunci emoji sepenuhnya, selain beberapa permainan mudah-alih yang berasaskan kepada emoji.

emoji-kaabah-ios-9.1

Kini, Sony Pictures pula dalam proses untuk menerbitkan filem emoji, dijadualkan pada tahun 2017 kelak. Sinopsis dan jalan cerita untuk filem berkenaan masih tidak diketahui lagi. Filem berkenaan dijangka akan menyertakan beberapa watak emoji yang terpilih sahaja, dan bukannya kesemua ratusan emoji yang terdapat peranti mudah-alih.

Leondis yang telah mengarah “Kung Fu Panda : Secrets of Masters” turut akan mengarah filem baru ini.

Selain daripada filem emoji daripada Sony ini, ia turut dikatakan terdapat lagi satu filem dengan menggunakan emoji dalam perancangan untuk penerbitan oleh pihak lain.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Sony Bakal Menerbitkan Filem Emoji Pada Tahun 2017"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info