Sembang Maniac

Sembang-sembang je

scanPAD – Mengubah Peranti Pintar Menjadi Mesin Pengimbas

Mesin pengimbas ialah alat yang kami miliki ketika di kolej. Ia digunakan untuk mengimbas lakaran storyboard dan watak yang kami hasilkan untuk tugasan mata pelajaran animasi serta rekaan web. Imbasan dilakukan kerana kolej kami memerlukan buku laporan digital diserahkan di dalam bentuk cakera padat. Mesin imbasan kini semakin tidak popular kerana saiznya yang besar. Harga jualannya juga agak mahal bagi seorang pelajar. Sejak wujudnya peranti pintar, kamera terbina digunakan sebagai ganti alat pengimbas. Namun kualiti “imbasan” menggunakan peranti pintar tidak sebaik mesin pengimbas sebenar.

Scanpad-1

 

scanPAD ialah alat yang mahu menggantikan mesin imbasan dengan peranti pintar. Terdapat tempat khas untuk meletakkan peranti pintar dan dokumen yang ingin diimbas. Dengan mesin ini setiap “imbasan” dari peranti pintar akan sentiasa sempurna dan bersudut tepat. Tempat meletak dokumen dan peranti menggunakan bahan teknologi nano yang memastikannya melekap dengan rata. Dokumen yang diimbas akan kekal rata ketika gambar diambil. Selain menjadi mesin imbasan, scanPAD juga boleh berfungsi sebagai mesin OHP untuk tujuan pembentangan di pejabat ataupun dewan kuliah. scanPAD diperbuat daripada aluminium dan dijual pada harga €99 (RM 444) sebuah.

scanpad-2



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "scanPAD – Mengubah Peranti Pintar Menjadi Mesin Pengimbas"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info