Sembang Maniac

Sembang-sembang je

GTA III, Vice City Dan San Andreas Remaster Kini Boleh Dimuat Turun Pada Konsol PlayStation 4

Beberapa hari lalu versi remasted GTA San Andreas boleh dimuat turun oleh pemilik PlayStation 3. Hari ini Sony mengumumkan GTA San Andreas, GTA III, GTA Vice City dan lima lagi permainan klasik PlayStation 2 kini boleh dimainkan pada konsol PlayStation 4. Kesemua permainan ini kini menggunakan resolusi 1080P, mempunyai sokongan trofi, Share Play, Remote Play, Second Screen dan Live Broadcast terus menerusi PlayStation 4. Pengumuman mengejut ini dilakukan sempena sambutan PlayStation Experience 2015 yang berlangsung berlangsung di San Francisco 5 hingga 6 Disember ini.

PS2-remaster-PS4

Ketika artikel ditulis PlayStation Store masih belum menyenaraikan edisi remaster permainan ini. Ini mungkin kerana pengguna Asia perlu menunggu benua Ameria Syarikat memasuki hari Sabtu terlebih dahulu. Sebagai peringatan anda hanya boleh memuat turun kesemua permainan ini menggunakan akaun PSN Amerika Utara ataupun Eropah. Sekali lagi pemegangan akaun PSN Asia seperti dianak tirikan. Berikut ialah senarai penuh lapan permainan yang diumumkan (lengkap dengan harga) dan tiga lagi yang bakal menyusul dalam masa terdekat.

Permainan PS2 edisi remaster yang boleh dimuat turun hari ini.

  • Dark Cloud — $14.99
  • Grand Theft Auto III — $14.99
  • Grand Theft Auto: Vice City — $14.99
  • Grand Theft Auto: San Andreas — $14.99
  • Rogue Galaxy — $14.99
  • The Mark of Kri — $14.99
  • Twisted Metal: Black — $9.99
  • War of the Monsters — $9.99

Permainan PS2 edisi remaster yang akan datang.

  • Parappa The Rapper 2
  • Fantavision
  • Arc the Lad: Twilight of the Spirits
  • The King of Fighters 2000

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "GTA III, Vice City Dan San Andreas Remaster Kini Boleh Dimuat Turun Pada Konsol PlayStation 4"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info