Sinar biru dari skrin peranti boleh menyebabkan gangguan pola tidur pengguna. Ia adalah antara sebab utama mengapa anda sukar tidur di waktu malam selepas menggunakan peranti di atas katil. Masalah sinar biru ini menyebabkan seorang doktor menggesa supaya semua pengeluar peranti untuk menyertakan mod malam pada skrin bagi menyekat sinar biru. Google Play Books, aplikasi membaca e-buku baru sahaja dikemas kini dan mempunyai mod Night Light bagi pembacaan pada waktu malam.
Menerusi mod ini sinar baru dari skrin akan dikurangkan mengikut jumlah cahaya di sekeliling. Warna skrin akan berubah dari putih menjadi kekuningan secara automatik. Kami adalah pengguna tegar aplikasi ini kerana banyak membaca e-buku. Sudah lama kami mahukan skrin yang mengubah tahap keterangan secara automatik. Pertama sekali ialah bagi mengurangkan kesakitan mata dan paling penting sekali ia tidak mengundang kemarahan isteri yang sukar tidur kerana cahaya dari peranti yang terlalu terang. Kemas kini ini boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan Apple App Store sekarang.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Play Books Kini Mempunyai Mod Pembacaan Waktu Malam Menyekat Sinar Biru"