Cermin mata pintar Google Glass ialah produk yang gagal mendapat perhatian pengguna. Gabungan harga yang mahal serta fungsi yang agak terhad menyebabkan projek ini dihentikan seketika bagi memperbaiki rekaannya. Google Glass yang pernah kami cuba terasa agak besar dan canggung untuk dipakai. Google nampaknya sudah memfailkan beberapa paten untuk Google Glass generasi terbaru. Di bawah ialah antara paten yang sudah diterima dan ianya mempunyai tubuh yang boleh lentur.
Keseluruhan peranti hanya perlu dipakai pada separuh muka dan kepala. Tubuh boleh lentur memastikan peranti akan kekal kemas mengikut kontur kepala pemakai. Sistem kamera dan paparan cermin di hadapan mata pemakai masih lagi dikekalkan dari rekaan sebelum ini. Paten ini dipercayai adalah salah satu dari tiga rekaan baru yang sedang dicuba oleh Google sebelum melancarkan semula Google Glass. Apakah pendapat anda tentang rekaan ini. Adakah Google Glass masih lagi produk yang anda mahu miliki ataupun sebuah peranti yang masih belum terbukti keperluannya untuk semua orang sama seperti sebuah jam tangan pintar?
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Mempatenkan Google Glass Dengan Tubuh Boleh Lentur"