Facebook pada bulan Ogos yang lepas telah memperkenalkan fungsi penstriman video secara langsung untuk artis dan selebiriti. Hari ini, mereka memperluaskan fungsi berkenaan kepada semua semua Facebook Pages yang telah disahkan – sekaligus membolehkan pemilik Facebook Pages untuk membuat penstriman langsung seumpama Periscope pada halaman Facebook mereka.
Ini juga mungkin akan menjadi salah satu kaedah pemasaran baru yang akan digunakan oleh pelbagai jenama seluruh dunia – dimana mungkin menggunakannya untuk memperlihatkan penstriman langsung untuk pengenalan produk mereka, berkongsi berita mutakhir secara langsung, dan mungkin beberapa kaedah pemasaran baru yang lain.
Dengan pengenalan fungsi ini hari ini kepada semua Pages yang telah disahkan, ia memperlihatkan fungsi yang sama hanya tidak boleh diakses oleh halaman Facebook Pages yang masih belum disahkan sahaja – dan mungkin Facebook memperluaskannya tidak lama lagi.
Untuk pihak Facebook juga, ini mungkin menjadi salah satu kaedah baru untuk mereka memperluaskan pengiklanan melalui video.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Memperkenalkan Fungsi Penstriman Video Secara Langsung, Facebook Live Untuk Pages Yang Disahkan"