Facebook News Feed merupakan salah satu pusat sehenti yang dikunjungi ramai pengguna setiap hari. Melaluinya, pengguna sering mengikuti pelbagai kemaskini semasa daripada rakan-rakan atau jenama yang diingini dengan mudah.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkongsian yang tidak disukai ramai – sebagai contoh, apa yang rakan kita Like, atau dimana rakan kita tinggalkan komen, serta lain-lain perkongsian lagi.
Terkini, sebuah pemalam khusus disediakan seorang pembangun, yang mana hanya memaparkan kemaskini daripada rakan-rakan dan Pages sahaja – tanpa memaparkan kemaskini aktiviti.
Pemalam khusus dinamakan Friends Feed ini disediakan untuk Chrome dan Safari sahaja, dan anda yang sering menggunakan Facebook mungkin akan menyukai pemalam ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Elakkan Paparan Perkongsian Yang Tidak Diingini Di Facebook News Feed Dengan Pemalam Ini"