Sembang Maniac

Sembang-sembang je

CringeMDB – Membolehkan Anda Menyemak Sesuatu Filem Mesra Untuk Tontonan Sekeluarga Atau Tidak

Pada hari ini, terdapat sejumlah filem yang boleh ditonton melalui laman penstriman – sebagai contoh melalui iFlix, dan beberapa yang lain. Bagi anda yang sering menonton filem bersama ahli keluarga, mungkin ada kalanya anda ingin menyemak adegan dalam filem berkenaan sama ada mempunyai unsur ganas dan sebagainya yang tidak sesuai untuk tontonan bawah umur.

CringeMDB

Untuk memudahkan proses ini, salah satu laman yang ingin membantu anda adalah CringeMDB. Melalui laman CringeMDB ini, ia membolehkan anda mengetahui sama ada sesuatu filem itu mesra untuk ditonton oleh sekeluarga ataupun sebaliknya.

Pengguna boleh membuat carian nama filem, dan CringeMDB akan memaparkan sama ada filem berkenaan mesra keluarga atau tidak. Buat masa ini, pangkalan data dalam CringeMDB masih terhad – iaitu untuk fiem berbahasa Inggeris antara 1995-2015 sahaja, dan tidak mustahil untuk kita melihat ia ditambah dari hari ke hari.

Bagi anda yang ingin menyemak sesuatu filem sebelum menontonnya, mungkin laman CringeMDB ini boleh membantu anda.

CringeMDB

Layari : CringeMDB


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "CringeMDB – Membolehkan Anda Menyemak Sesuatu Filem Mesra Untuk Tontonan Sekeluarga Atau Tidak"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info