Casio, salah satu jenama popular dari Jepun, hari ini telah memperkenalkan satu lagi produk baru untuk pasaran tempatan, iaitu Casio EXILIM FR100. Kamera ini lebih memfokuskan untuk rakaman ketika melakukan aktiviti luar, seperti ketika bercuti, berbasikal, mendaki, dan sebagainya.
Casio EXILIM FR100 ini hadir dengan rekaan yang kalis hentakan, air dan juga debu, serta boleh dikendalikan dengan menggunakan hanya sebelah tangan sahaja. Dengan fokus untuk kegunaan luar, ia hadir dengan rekaan yang boleh ditanggalkan antara bahagian skrin dan kameranya – memudahkan anda untuk memasang dan pakaikan ia pada beberapa lokasi berbeza melalui aksesori khusus untukya.
Dari segi spesifikasi, Casio EXILIM FR100 ini membawakan sensor 10.2-megapixel 1/2.3 CMOS, dan boleh merakamkan gambar, serta video dalam format MOV, dan H.264/AVC. Ia menyertakan sokongan mikro-SD, dan boleh merakamkan video pada resolusi HD penuh. Kamera ini hadir dengan lensa f/2.8, serta hadir dengan mod rakaman macro, contrast detection, dan beberapa yang lain. Hasil rakamannya boleh dipindahkan menggunakan Bluetooth, ataupun turut menggunakan skrin bersaiz 3-inci yang disertakan untuk melihatnya.
Casio EXILIM FR100 ini dijual di Malaysia bermula Februari 2016 kelak, dan ia akan dijual pada harga RM2149.Ia bakal ditawarkan dalam pilihan warna kuning, putih dan juga hitam.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Casio Malaysia Memperkenalkan Kamera EXILIM FR100 – Memfokuskan Rakaman Aktiviti Luar"