Sembang Maniac

Sembang-sembang je

BlueStacks 2 Membolehkan Anda Menjalankan Lebih Daripada Satu Aplikasi Android Di Windows

BlueStacks merupakan salah satu perisian berbentuk pelagak (emulator) yang membolehkan pengguna menjalankan aplikasi Android pada komputer desktop. Terkini, pembangunnya telah memperkenalkan kemaskini kepada perisian berkenaan, dan melancarkan BlueStacks 2 secara rasminya.

BlueStacks

Salah satu fungsi baru yang menjadi fokus pada perisian versi terbaru BlueStacks adalah kebolehan menjalankan lebih daripada satu aplikasi Android pada sesuatu masa. Sebelum ini, pengguna hanya terhad untuk menjalankan satu aplikasi sahaja, dan kini BlueStacks membolehkan pengguna membuka lebih daripada satu aplikasi – dimana masing-masing dipaparkan dalam bentuk tab yang berlainan.

BlueStacks 2 juga kini lebih efisyen dan memudahkan fungsi seperti mengenal-pasti lokasi, mengoncangkan skrin, mengubah kekuatan audio dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan BlueStacks, anda boleh mengemaskini perisian anda hari ini, dan menikmati fungsi baru yang dibawakan ini, sekaligus membolehkan anda menjalankan aplikasi Android dengan lebih efisyen pada komputer anda.

Muat-Turun BlueStacks


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "BlueStacks 2 Membolehkan Anda Menjalankan Lebih Daripada Satu Aplikasi Android Di Windows"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info