Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Diura-Ura Bakal Memperkenalkan Penstriman Audio Berkualiti Tinggi

Apple telah pun sedia menyertai arena penstriman muzik, selain mengambil-alih Beats dalam fokus terhadap audio. Kini, sebuah laporan baru hadir mengatakan Apple sedang dalam persiapan untuk melancarkan perkhidmatan penstriman audio mereka dalam kualiti audio tinggi pada 2016 kelak.

Apple Music

Desas-desus mengenai kualiti audio yang tinggi daripada Apple ini bukan sesuatu yang baru. Ia telah diperkatakan sejak beberapa tahun lepas – tetapi kini dengan Apple yang sedia menawarkan perkhidmatan penstriman tersendiri, maka ura-ura kali ini lebih “masuk-akal”.

Menurut beberapa sumber dalaman, ia dikatakan Apple sedang membangunkan penstriman audio pada kadar 96kHz/24bit untuk diperkenalkan pada tahun 2016 – apatah lagi dengan Ligthning pada iOS9 yang menyokong sehingga kadar 192kHz/24bit.

Beberapa perkhidmatan penstriman sedia memfokuskan kepada penstriman audio berkualiti tinggi, apatah lagi dengan pelbagai persaingan sengit dalam arena tersebut yang membuatkan pelbagai penyedia perkhidmatan bersaing untuk mendapatkan keunikkan mereka tersendiri.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Apple Diura-Ura Bakal Memperkenalkan Penstriman Audio Berkualiti Tinggi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info