Sembang Maniac

Sembang-sembang je

10 Perkara Bagaimana Asus ZenPad 7.0 Dapat Meningkatkan Produktiviti Saya

Asus ZenPad 7.0 adalah peranti peranti terbaru daripada Asus yang membawakan rekaan menarik dengan binaan yang elagan. Ia hadir dengan cip pemprosesan pantas Intel Atom x3 disamping membawakan memori 2GB RAM untuk memastikan kelancaran apabila menggunakan peranti ini.

Sepanjang menggunakan peranti ini, ZenPad 7.0 ini banyak membantu saya meningkatkan produktiviti ketika melakukan tugasan harian sebagai seorang penulis. Baik dari segi rekaan, penggunaan, dan fungsi peranti ini amat memudahkan saya dalam menyiapkan tugasan yang sedang berjalan. Tidak kira di mana sahaja saya berada, ZenPad 7.0 sentiasa bersedia untuk saya.

Rekaan mudah dipegang dengan sebelah tangan

Saya suka dengan rekaan peranti ini yang kecil dengan membawakan skrin bersaiz 7-inci. Membaca draft artikel menjadi lebih selesa kerana tidak memerlukan saya menggunakan kedua-dua belah tangan apabila memegang peranti. Memegang dengan hanya sebelah tangan tidak jauh seperti memegang sebuah buku. Ia begitu selesa dan tidak menyakitkan tangan apabila memegangnya pada jangka masa yang lama.

DSC04569

Sokongan SIM dengan fungsi panggilan dan data

Salah satu perkara yang saya suka mengenai Asus ZenPad 7.0 adalah sokongan Micro SIM dengan fungsi panggilan dan sambungan data internet. Ia memudahkan saya mengakses web dan menggunakan aplikasi IM seperti WhatsApp tanpa perlu lagi bergantung pada sambungan WiFi semata-mata. Walaupun menggunakan fungsi telefoni pada tablet agak janggal, tablet ini memudahkan saya membuat panggilan apabila ketiadaan telefon di sisi.

Storan Google Drive sebanyak 100GB percuma

Penggunaan storan awan sentiasa menjadi keperluan asas saya ketika di luar. Ia sangat memudahkan kerana anda tidak perlu membawa seberang perkakasan tambahan seperti <i?flash drive untuk mengakses file yang diedit.

Dengan setiap pembelian ZenPad 7.0, Asus memberikan storan sebanyak 100GB secara percuma pada akaun Google Drive. Ia sebuah storan yang agak besar bagi saya yang mampu menyimpan bukan sahaja fail pejabat malah video footage ulasan yang telah dirakam.

Aplikasi Microsoft Office dipasang secara terbina

Pada awal tahun ini Asus telah mengumumkan yang mana sejumlah produk mereka akan dihadirkan dengan aplikasi Microsoft Office secara terbina pada peranti mereka. Asus ZenPad 7.0 hadir dengan aplikasi Office terbina seperti Word, PowerPoint, dan Excel yang mampu memudahkan anda mengedit tugasan ketika di luar.

Asus ZenPad 7-launcher

Saya sering menggunakan ZenPad untuk mengedit artikel saya setelah di draf pada Microsoft Office di desktop. Integrasi storan awan pada aplikasi pejabat ini seperti OneDrive, Dropbox, dan Google Drive memudahkan saya mengambil dan memuat-naik fail tanpa perlu memindahkan fail tersebut secara manual. Saya boleh mengeditnya pada masa nyata, jadi saya boleh menyambung mengedit artikel tersebut secara serta-merta apabila menggunakan Microsoft Office pada desktop.

Menyokong aksesori Power Case

Ketahanan bateri yang lama menjadi perkara utama apabila menggunakan peranti melibatkan produktiviti. Bagi saya, ketahanan bateri sekitar dua hari adalah berpatutan ketika melakukan tugasan di luar.

Secara peribadi, saya kurang gemar membawa powerbank. Ia terlalu melecehkan kerana ia menjadi anda seolah-olah membawa dua peranti dalam satu masa. Anda juga perlu mengecas powerbank secara berasingan jadi ia membuatkan pengguna tidak begitu selesa.

DSC04598

Namun sejak menggunakan Asus ZenPad 7.0 ia tidak lagi menjadi masalah kerana hadir dengan aksesori tambahan melalui Power Case. Saya suka binaannya yang menyatukan belakang peranti ini seperti penutup bateri. Ia juga tidak melecehkan kerana ia akan dicas sekaligus ketika anda mengecas ZenPad ini.

Hasilnya, menggunakan ZenPad 7.0 bersama Power Case mampu menjadikan peranti ini bertahan selama dua hari dengan sambungan data yang sentiasa dibuka.

Memaparkan kandungan daripada tablet ke TV dengan fungsi Miracast

Fungsi produktiviti yang amat diperlukan pada sebuah peranti adalah kebolehan memaparkan kandungan daripada peranti ke paparan luaran seperti TV dan projektor.

Dengan fungsi Miracast, saya kini boleh memaparkan hasil kerja saya kepada rakan sekerja saya pada TV tanpa perlu bergantung pada sambungan HDMI dan MHL. Kesemuanya berlaku secara tanpa wayar dengan hanya menghubungkan ZenPad ke peranti yang menyokong sambungan Miracast.

Pemindahan data daripada pemacu USB melalui fungsi USB On-the-Go

Walaupun saya amat bergantung pada storan awanan, storan fizikal tidak boleh disangkal menjadi penyelamat ketika tidak mempunyai sambungan internet.

Fail-fail yang telah diedit pada desktop dan kemudian disimpan di dalam flash drive kini boleh diakses terus pada ZenPad 7.0 melalui fungsi USB On-the-Go. Dengan fungsi ini, fail daripada flash drive boleh diakses menggunakan aplikasi File Manager dan seterusnya membuat pemindahan data daripadanya.

Fungsi USB On-the-Go juga membantu saya menyambung aksesori khas seperti keyboard dan mouse yang berasaskan USB. Menaip beberapa draf artikel pada jangka masa lama adakalanya lebih selesa apabila menggunakan keyboard fizikal.

Kamera belakang 8MP dan kamera hadapan 2MP

Melakukan tugasan di luar amat memerlukan saya berinteraksi dengan rakan sekerja lain secara remote. Google Hangout menjadi aplikasi utama ketika ingin menghubungi rakan sekerja yang sedang berada di lokasi lain. Kamera hadapan 2MP dengan rakaman HD 720p sangat terang dan tidak memberikan masalah ketika melakukan panggilan pada keadaan kurang bercahaya.

Asus ZenPad 7-camera interface

Kamera belakang 8MP pula dapat membantu saya mengambil gambar dokumen dengan jelas untuk disimpan sebagai fail digital. Kamera dengan sokongan autofokus dan aplikasi seperti CamScanner berupaya merakamkan dokumen dengan hasil tulisan sangat jitu dan mudah untuk dibaca.

Android 5.0 Lollipop mesra dengan perusahaan

Bermula Android 5.0 Lollipop, Google telah banyak menghadirkan fungsi perusahaan yang mana mampu meningkatkan produktiviti. Salah satu fungsi yang saya suka ialah fungsi Android for Work.

Dengan Android 5.0, saya boleh memisahkan workspace antara penggunaan peribadi dan kerja saya dengan hanya membuat penukaran akaun. Penggunaan fungsi ini turut akan melabelkan aplikasi yang digunakan untuk kerja bagi membezakan ia dengan aplikasi peribadi.

Prestasi pantas Intel Atom x3 dengan cip empat-teras 64-bit

Peranti dengan prestasi yang pantas semestinya menjadi perkara utama dalam melakukan tugasan. Asus ZenPad 7.0 hadir dengan cip pemprosesan Intel Atom x3 64-bit yang serba pantas dalam melancarkan aplikasi dan menjalankan tugasan pejabat. Membuat fail pejabat bersaiz besar kini tidak lagi dibebankan dengan masa bukaan yang lama.

DSC04616


 

Khusus buat pembaca Amanz, pihak ASUS Malaysia menawarkan ZenPad 7.0 (Z370CG) dan ZenPad C 7.0 (Z170CG) untuk dimenangi menerusi cabutan bertuah. Dua cabutan bertuah akan dilakukan, dan bagi menyertainya pengguna hanya perlu menjawab soalan berikut:

“Apakah yang ingin anda lakukan dengan ZenPad ini ?”

Sertakan jawapan anda di ruangan komentar dengan e-mel yang sah sebelum hari Ahad 3 Januari 2016 11:59 malam. Pemilihan pemenang adalah secara rawak, dimana cabutan pertama akan memenangi ZenPad C 7.0 manakala cabutan kedua akan memenangi ZenPad 7.0. Peraduan ini dibuka kepada semua pembaca yang mempunyai alamat pengeposan di Malaysia, dan sekiranya anda menang, anda akan dihubungi berdasarkan alamat emel yang digunakan ketika meninggalkan komen.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "10 Perkara Bagaimana Asus ZenPad 7.0 Dapat Meningkatkan Produktiviti Saya"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info