Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sennheiser Memperkenalkan Fon Kepala Orpheus Baru – Pada Harga Mencapai RM233k

Sennheiser merupakan salah satu jenama yang terkemuka dalam arena audio – dimana mereka menawarkan mikrofon, fon kepala, dan pelbagai produk lain memfokuskan kepada audi – khusus untuk pengguna dan juga mereka yang inginkan kualiti audio yang tinggi.

Sennheiser Orpheus

Terkini, Sennheiser telah memperkenalkan fon kepala terbaru mereka dan kemaskini kepada keluarga Orpheus sebelum ini. Melaluinya, Sennheiser mengatakan ia merupakan fon kepala terbaik di pasaran. Sennheiser Orpheus baru ini telah dibangunkan sekitar hampir satu dekad, dan membawakan beberapa ciri-ciri menarik melaluinya.

Sennheiser menggunakan lebih 6000 komponen pada fon kepala ii, termasuk penggunaan elektrod seramik, platinum-vaporized diaphragms, serta kerangka amplifier Carrara marble. Sennheiser menggunakan bahan-bahan logam premium bukan sekadar untuk rekaan semata-mata, sebaliknya ia dikatakan menambah-baik konduktiviti sekaligus menawarkan kualiti audio yang baik kepada pengguna.

Fon kepala ini juga turut dilengkapi dengan sokongan amplifier digital yang terbina terus pada fon kepala, termasuk lapan pengubah digital ke analog untuk membolehkan anda menikmati kualiti audio yang baik walaupun sumber untuknya tidak begitu baik – seperti daripada Spotify dan sebagainya.

Seperti ramai sedia maklum, fon kepala ini bukan ditujukan untuk pengguna kasual, tetapi untuk mereka yang mempunyai keperluan dalam penggunaan audio berkualiti tinggi – seperti di studio rakaman dan sebagainya.

Orpheus versi asal yang diperkenalkan pada tahun 1991 yang lepas hadir dengan penawaran terhad kepada 300 unit sahaja. Pihak Sennheiser tidak mengehadkan untuk versi baru ini, dan ia akan dijual bermula tahun hadapan – dan tidak lebih daripada 250 unit dikeluarkan setiap tahun.

Harga jualan SennHeiser Orpheus ini adalah €50,000 (~RM233,682).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Sennheiser Memperkenalkan Fon Kepala Orpheus Baru – Pada Harga Mencapai RM233k"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info