Samsung telah memperkenalkan jam tangan pintar bulat pertama mereka, Gear S2 pada bulan September yang lepas, dan kini Samsung Malaysia telah bersedia untuk pelancarannya. Untuk pengguna tempatan, Samsung Gear S2 sudah boleh dipra-tempah bermula daripada hari ini.
Samsung Gear S2 membawakan rekaan yang nipis dan cantik, selain dilengkapi dengan skrin berbentuk bulat. Jam tangan pintar ini juga berfungsi dengan lancar, dan dijana menggunakan sistem operasi Tizen.
Untuk menggunakan Gear S2, pengguna tidak lagi terhad untuk menggunakan telefon pintar Samsung, tetapi boleh menggunakan sebarang telefon pintar berasaskan Android KitKat dan terkini.
Untuk jam tangan pintar ini, Samsung membawa rekaan antaramuka khusus yang kemas, disamping boleh mengawalnya menggunakan gelang luar pada jam tangan pintar tersebut. Samsung Gear S2 turut membawakan beberapa ciri-ciri menarik, termasuk sokongan memantau aktiviti kecergasan, disamping mengikuti notifikasi.
Samsung Gear S2 ini menawarkan masa penggunaan selama 2 hingga 3 hari,dan turut hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar.
Samsung Gear S2 akan dijual pada harga RM1399, sementara Samsung Gear S2 Classic pula akan ditawarkan pada harga RM1599.
Khusus untuk pra-tempahan, Samsung Malaysia akan menawarkan diskaun sebanyak 20% kepada 500 pembeli pertama, disamping melengkapkan pembelian dengan penawaran dock pengecas tambahan bernilai RM169 secara percuma.
Bagi anda yang berminat, boleh membuat pra-tempahan hari ini, dan jam tangan pintar daripada Samsung ini akan dijual bermula daripada 27 November 2015 kelak.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Mulakan Pra-Tempahan Jam Tangan Pintar Bulat Pertama Mereka, Gear S2 – Harga Bermula RM1399"