Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Maxis Hadir Dengan Hotlink Fast – Harga Langganan Bermula RM30 Untuk 2GB

Maxis sebelum ini telah memperkenalkan pakej baru pelan pascabayar mereka, dan terkini, melalui kemaskini laman web Hotlink, mereka memperlihatkan sebuah pakej baru yang dinamakan sebagai Hotlink Fast.

Hotlink Fast memfokuskan kepada penawaran internet yang pantas – dimana mereka menawarkan gabungan penggunaan kuota pada rangkaian biasa dan juga rangkaian 4G LTE.

Hotlink Fast

Daripada pakej yang diperlihatkan, langganan bermula pada harga RM30 sebulan untuk penggunaan 1GB + 1GB (4G LTE). Menggunakannya, pengguna boleh menggunakan kuota 1GB pada sebarang rangkaian (2G/3G/4G) sementara satu lagi 1GB hanya terhad kepada penggunaan pada rangkaian 4G LTE sahaja. Ini bermakna, jika anda berada di kawasan yang diliputi 4G LTE (yang mana dikatakan Maxis melangkaui 62%), maka anda akan dapat menikmati penggunaan kuota 2GB, sementara jika tidak atau berada di luar kawasan yang diliputi rangkaian 4G, maka anda hanya akan dapat menikmati 1GB data sahaja.

Pengguna turut perlu memastikan beberapa perkara lain sebelum melanggan pelan ini, termasuk mengubah kepada kad SIM 4G LTE Maxis Hotlink, dan memastikan peranti mudah-alih anda menyokong rangkaian 4G LTE.

Hotlink Fast

Untuk panggilan, pengguna akan perlu membayar 24 sen untuk seminit, dan 12 sen untuk SMS. Pengguna boleh menjimatkan kos ini dengan menambah senarai rakan-rakan dan ahli keluarga dibawah Activ10 (terhad 10 nombor Maxis/Hotlink).

Maxis turut menekankan yang mana pengguna boleh kekal melayari internet pada kelajuan yang perlahan selepas kehabisan kuota – dan seperti biasa, boleh membeli kuota tambahan pada harga bermula RM3 untuk 150MB.

Kad SIM Hotlink Fast ini boleh dibeli daripada pengedar Maxis seluruh negara, atau pengguna sedia ada boleh mengubah kepada pelan ini melalui aplikasi Hotlink RED. Sebagai alternatif lain juga, pengguna boleh melanggan Hotlink Mobile Internet yang menawarkan langganan data 3GB untuk RM30 – tetapi hadir dengan gabungan penggunaan internet 1.5GB dan 1.5GB (untuk tengah malam).

Layari : Hotlink Fast

Terima kasih Hasnol untuk tips

Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Maxis Hadir Dengan Hotlink Fast – Harga Langganan Bermula RM30 Untuk 2GB"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info