Google sedia memperkenalkan Android Pay melalui Android 6.0 Marshmallow. Namun, pengenalannya yang mengambil masa lama untuk pelbagai negara selain Amerika Syarikat membuat beberapa pesaing lain untuk hadir dengan perkhidmatan seumpamanya, termasuk Samsung dengan Samsung Pay.
Terkini, rakan senegara dan pesaing terdekat Samsung, iaitu LG turut dilihat dalam persediaan untuk melancarkan perkhidmatan platform pembayaran mudah-alih tersendiri.
LG dijangka memperkenalkan platform pembayaran mereka itu seawal bulan hadapan, dan dijangka akan diperkenalkan di Korea Selatan terlebih dahulu.
Ia tidak lagi diketahui bagaimanakah pihak LG akan mengimplementasikan perkhidmatan mereka, selain mencari keunikkan dalam bersaing dengan Samsung Pay. Samsung Pay menawarkan sokongan untuk NFC dan MST, sekaligus memudahkan proses pembayaran dibuat pada pelbagai penjual yang menerima kad kredit dengan mudah.
Mungkinkah pihak LG mengikuti kaedah yang sama, atau mempunyai keunikkan mereka tersendiri?
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LG Ingin Memperkenalkan Perkhidmatan Pembayaran Seumpama Samsung Pay Dan Apple Pay"