Lazada hari ini telah mengumumkan festival jualan mereka yang terbesar untuk 2015, dinamakan sebagai Online Revolution – dimana melaluinya pelbagai produk akan ditawarkan pada harga diskaun, mencapai sehingga 95%. Lazada Online Revolution ini akan berlangsung antara 11 November 2015 ini sehingga 12 Disember 2015 kelak.
Seperti biasa, pelbagai produk akan ditawarkan melalui Lazada Online Revolution ini – terdiri daripada peralatan elektronik, barangan kegunaan harian, barangan kecantikkan dan sebagainya. Beberapa promosi khusus turut akan diadakan selain penawaran hadiah-hadiah menarik berupa baucar diskaun dan lain-lain.
Berkongsi lanjut mengenai Lazada, kini mereka mengatakan mempunyai perkhidmatan menghantaran mereka tersendiri, dinamakan sebagai LazadaExpress. Melaluinya, beberapa pembonceng membuat penghantaran barangan yang dibeli terus daripada penjual kepada pembeli – menjadikan proses penghantaran sedikit pantas berbanding kebiasaan.
Disamping itu, pihak Lazada berkongsi beberapa statistik semasa syarikat mereka. Lazada mengatakan kini mereka merupakan laman jual-beli terkemuka di Asia Tenggara menewaskan pelbagai pesaing lain di pasaran. Di Malaysia, kini mereka mempunyai gudang di Subang dan juga Kuching – selain mempunyai lebih kurang 8000 penjual berdaftar serta lebih 4 juta barangan yang dijual melaluinya.
Dari segi penjualan yang berlaku, Lazada mengatakan kini kebanyakkan jualan berlaku di luar Lembah Klang, dimana lebih kurang 81% jualan yang berlaku adalah berhasil daripada luar Kuala Lumpur, dan sekitar hanya 19% sahaja berlaku di dalam Kuala Lumpur.
Lazada mengatakan untuk tahun ini mereka menyasarkan untuk menyaksikan lebih daripada 30,000 kunjungan setiap minit – menjadikan ia salah satu acara jualan yang besar di Malaysia walaupun dibandingkan dengan pelbagai pusat membeli-belah di Malaysia. Beberapa jualan dan pelancaran produk khusus akan dilakukan ketika Online Revolution ini – termasuk Surface Pro 4 daripada Microsoft.
Seperti tahun-tahun lepas, Lazada menyasarkan untuk melihat penjualan barangan meningkat dengan drastik ketika Online Revolution yang akan bermula minggu hadapan – sekaligus bukan sahaja menguntungkan pembeli, tetapi juga penjual tempatan. Walaupun Lazada ingin membuat jualan sepanjang bulan, tetapi ia akan dibahagikan mengikut kategori setiap minggu – dan jualan dengan diskaun yang sangat tinggi akan diadakan pada tiga hari terakhir menjelang 12 Disember.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lazada Kini Mempunyai Perkhidmatan Penghantaran Tersendiri, LazadaExpress"