Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kerajaan UK Melabur 396 Juta Untuk Menghasilkan Pesawat Berkelajuan Lima Kali Kelajuan Bunyi

Pesawat komersial terpantas yang pernah dihasilkan ialah Concorde. Ia mampu terbang pada kelajuan 2179 kilometer sejam. Ini bermakna ia mampu terbang dari Kuala Lumpur ke London dalam masa kurang lima jam. Perjalanan di antara dua kota besar ini sekarang mengambil masa lebih 14 jam. Concorde ditamatkan perkhidmatannya  pada tahun 2003 kerana faktor keselamatan dan pesawat yang semakin uzur. Terdapat beberapa projek sedang dijalankan bagi mencari pesawat yang mampu menggantikan Concorde. Airbus sudahpun memfailkan paten pesawat berkelajuan tinggi tahun ini yang mampu terbang pada kelajuan mencecah 5000 kilometer sejam. Pesawat yang masih hanya konsep ini menggunakan enjin turbojet biasa dengan enjin ramjet.

Skylon-Sabre

Pesawat Airbus ini mungkin hanya sebuah konsep buat masa ini. Tetapi firma Reactive Engine yang berpangkalan di United Kingdom kini sedang membangunkan pesawat Skylon yang mempunyai kemampuan bergerak pada lima kali ganda kelajuan bunyi. Skylon ialah pesawat yang direka bagi membawa kargo ke angkasa lepas menggunakan pesawat biasa. Ia menggunakan enjin Sabre iaiatu gabungan jet dan roket. Kerajaan United Kingdom baru sahaja mengumumkan pelaburan bernilai £60 Juta (RM 396 Juta) di dalam Reactive Engine bagi merealisasikan Skylon. Mereka berharap ujian pertama dapat dijalankan pada tahun 2020. Sekiranya berjaya Skylon dapat mengurangkan kos untuk terbang ke angkasa lepas. Satelit boleh disimpan di bawa di dalam Skylon dan ia akan terbang dan mendarat seperti kapal terbang biasa tanpa keperluan tapak pelancaran roket konvensional.

Sabre-Engine-Skylon



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Kerajaan UK Melabur 396 Juta Untuk Menghasilkan Pesawat Berkelajuan Lima Kali Kelajuan Bunyi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info