Dengan pengenalan cip pemprosesan Intel Core generasi ke-enam, pelbagai pengeluar telah mula mengemaskini penawaran komputer riba dan desktop mereka. HP turut tidak ketinggalan, dan telah memperkenalkan versi baru untuk komputer riba HP ENVY 13 mereka.
HP ENVY 13 baru hadir dengan cip pemprosesan Intel Core generasi ke-6, dan menariknya, bukan itu sahaja, malah pihak HP turut menawarkan penggunaan skrin QHD pada resolusi 3200×1800 pixel.
Dari segi spesifikasi, HP ENVY 13 baru ini dilengkapi ruangan storan SSD sebesar 128GB, cip Intel Core i5-6200U menggunakan skrin bersaiz 13.3-inci, memori 4GB RAM LPDDR3. Komputer riba ini dijana menggunakan grafik Intel HD Graphics 520, selain untuk audio, ia dijana dengan teknologi Bang & Olufsen.
HP ENVY 13 turut hadir dengan rekaan menggunakan logam sepenuhnya, serta ia hanya setebal 12.9mm sahaja. Dari segi masa bertahan bateri, HP mengatakan ia mampu bertahan penggunaan selama 10 jam.
Model versi asas ini dijual pada harga RM3699 oleh HP Malaysia. Bagi yang inginkan spesifikasi tinggi, iaitu menggunakan Intel Core i7-6500U, memori 8GB LDDR3 dan ruangan storan 256GB SSD, ia dijual pada harga RM4699.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HP ENVY 13 Dengan Intel Skylake Dan Skrin QHD Mula Dijual Di Malaysia"