Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Merombak Kembali Google+ Dengan Fokus Terhadap Komuniti Dan Koleksi

Google hari ini mengumumkan rombakan kembali kepada perkhidmatan sosial mereka, Google+ – dimana melalui rekabentuk baru ini, Google+ memfokuskan kepada dua perkara yang digunakan ramai pengguna seluruh dunia, iaitu komuniti dan juga koleksi.

Google+ baru ini akan mula diperkenalkan secara berperingkat kepada semua di web, selain aplikasi baru untuk Android dan iOS yang bakal menyusul tidak lama lagi.

Google Plus

Google mengatakan melalui rekaan baru ini, ia lebih memfokuskan kepada komuniti Google+ yang aktif yang terdiri daripada pelbagai perkara – daripada berkaitan dengan Android, sehinggalah kepada pelbagai minat-minat yang menarik dan berbeza. Disamping kepada komuniti, fungsi koleksi yang telah diperkenalkan pada awal tahun ini turut menjadi fokus utama dalam rekabentuk baru ini.

Google+ baru juga kini lebih ringan dan mudah digunakan pada web.

Perubahan ini juga sekaligus menjadikan Google+ tidak lagi memfokuskan kepada perkongsian kehidupan harian pengguna seperti beberapa laman sosial lain, sebaliknya mengubah ia menjadi laman sosial untuk berkongsi kegemaran dan berinteraksi dengan rakan-rakan lain yang mempunyai kegemaran serupa.

Google Plus

Jadi, dengan perubahan ini, adakah kita akan dapat melihat Google+ mempunyai pengguna yang lebih aktif berbanding sebelumnya?

Layari : Google+ web


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Google Merombak Kembali Google+ Dengan Fokus Terhadap Komuniti Dan Koleksi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info