Kerentanan dan sistem operasi adalah dua perkara yang wujud berpasangan seperti Uda dan Dara, Yin dan Yang serta Romeo dan Juliet. Setiap sistem operasi di dunia mempunyai kerentanan yang boleh disalahgunakan oleh pihak tertentu untuk mencuri data milik pengguna. Hanya beberapa hari yang lalu kami melaporkan kerentanan pada iOS ditemui yang membenarkan akses kepada maklumat sulit peranti dilakukan hanya menggunakan Chrome. Hari ini sebuah lagi kerentanan serius ditemui tetapi kali ini ia ditemui pada peranti Samsung.
Google kerap melakukan ujian keselamatan terhadap peranti yang menggunakan Android untuk mencari kerentanan yang wujud. Mereka melaporkan menemui beberapa kerentanan serius yang disebabkan oleh aplikasi buatan Samsung. Sebagai contoh kerentanan pada aplikasi email Samsung membolehkan aplikasi tertentu membaca email peribadi sebelum menghantarkan kepada pihak tertentu. Lima kerentanan pula ditemui pada kod pemprosesan imej Samsung yang menyebabkan peranti boleh diambil alih ketika gambar sedang dimuat turun. Kod yang sama juga membolehkan peranti diambil alih apabila pengguna membuka gambar menerusi aplikasi Gallery.
Jadi mengapakah Google mencari masalah keselamatan pada peranti Android pengeluar lain? Ini dilakukan untuk memastikan imej Android tidak tercemar akibat kesilapan oleh pengeluar yang gemar menggunakan launcher serta aplikasi mereka sendiri dan bukannya aplikasi rasmi yang dihasilkan Google. Google sendiri mengakui Android mempunyai masalah kerentanan dan masalah ini semakin bertambah dengan kesilapan pengeluar yang tidak memprogramkan aplikasi mereka dengan betul. Oleh sebab itulah Google kini serius dalam menekankan kepentingan kemas kini yang kerap dilakukan oleh pengeluar. Ini juga antara sebab mengapa sejak kebelakangan ini peranti Android Vanilla semakin popular. Ia jelas lebih selamat kerana mendapat kemas kini pantas dari pihak Google sendiri.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Menemui Kerentanan Serius Pada Peranti Keluaran Samsung"