Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Ingin Memperkenalkan Perkhidmatan Penghantaran Menggunakan Dron Menjelang 2017

Google mempunyai beberapa projek dalaman yang ingin melaksanakan perkara di luar jangkaan. Kini, sebuah projek dinamakan Project Wing diumumkan yang mana ingin menggunakan dron dalam penghantaran barangan kepada para pelanggan.

Penghantaran barangan menggunakan dron ini sedang diuji oleh beberapa pihak, termasuk Amazon dan juga SingPost. Berbeza sedikit untuk apa yang diuji oleh Google adalah dimana dron berkenaan tidak turun ke tanah, sebaliknya menurunkan barangan ketika ia masih di udara.

Sebelum ini, beberapa desas-desus hadir mengatakan Google lebih menyasarkan Project Wing ini untuk penghantaran ubat dan makanan ke kawasan bencana – tetapi kini ia dilihat mungkin lebih daripada itu.

Google masih tidak berkongsi mengenai jenis dron yang digunakan mereka dan beberapa maklumat mengenainya masih kekal menjadi tanda tanya. Google dijangka memperkenalkan ia untuk penggunaan komersial menjelang tahun 2017 kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Google Ingin Memperkenalkan Perkhidmatan Penghantaran Menggunakan Dron Menjelang 2017"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info