Sembang Maniac

Sembang-sembang je

FingerAngle – Teknologi Sentuhan Dan Kawalan 3D Pada Peranti Android

Teknologi 3D Touch ialah fungsi unik yang diperkenalkan pada peranti iPhone 6S dan 6S Plus. Melalui teknologi ini skrin iPhone mampu mengesan tekanan dari jari pengguna. Perbezaan tekanan yang dikesan kemudian digunakan untuk mengaktifkan mod kawalan tambahan. Pada peranti iPhone 6S ia digunakan untuk mengaktifkan mod Live Photo. Beberapa pembangun kemudian menggunakan 3D Touch untuk mencipta aplikasi menimbang berat yang kemudiannya diharamkan oleh Apple kerana bimbing mengakibatkan kerosakan skrin. Untuk menggunakan 3D Touch,pengesan khas digunakan pada skrin dua peranti terkini Apple. Oleh sebab itu kepada pemilik iPhone lama mereka tidak dapat merasai fungsi ini.

 

FingerAngle oleh Qeexo ialah perisian yang membawakan fungsi sentuhan 3D kepada peranti Android. Kerana ianya sebuah perisian mana-mana peranti Android boleh menggunakan teknologi ini tanpa perubahan pada perkakasan peranti. Sebenarnya teknologi mengesan tekanan pada skrin sudah wujud sejak Android 2.0 Eclair namun tidak digunakan pembangun kerana tiada keperluan. Sejak 3D Touch diperkenalkan, fungsi lama ini kemudian dibangunkan semula oleh Qeexo untuk kegunaan peranti moden. FingerAngle dapat mengesan orientasi jari pada skrin secara tiga dimensi. Ia turut boleh mengesan putaran jari yang menyentuh skrin.Melalui perisian ini, kawalan objek secara tiga dimensi boleh dilakukan. Ini secara harfiah memberikan dimensi baru dalam pengalaman antaramuka peranti pintar yang sedia ada.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "FingerAngle – Teknologi Sentuhan Dan Kawalan 3D Pada Peranti Android"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info