Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Messenger Menguji Fungsi Menghantar Mesej Yang Boleh Terpadam Sendiri

Beberapa perkhidmatan permesejan, seperti Telegram dan BBM telah memperkenalkan sokongan menghantar mesej yang boleh terpadam sendirinya selepas ia dibuka atau selepas beberapa ketika. Kini, Facebook turut menguji fungsi yang lebih kurang sama pada perkhidmatan Messenger mereka.

Facebook Messenger

Facebook menguji fungsi ini di Perancis, dimana pengguna boleh menghantar mesej, yang akan terpadam secara automatik selepas sejam ia dihantar.

Facebook mengatakan melalui fungsi ini, ia membolehkan pengguna menghantar mesej dalam kaedah baru yang lebih menarik dan berbeza dengan penghantaran mesej biasa.

Kita mungkin akan dapat melihat pengenalan fungsi ini secara lebih meluas berdasarkan kepada maklumbalas yang diterima oleh Facebook daripada ujian yang dilakukan mereka di Perancis ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Messenger Menguji Fungsi Menghantar Mesej Yang Boleh Terpadam Sendiri"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info