Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Basikal Yang Dilengkapi Dengan Tujahan Berasaskan Motor Elektrik Dari Malaysia Diperlihatkan

Basikal dengan motor elektrik mungkin bukan sesuatu yang baru, dan terdapat beberapa daripada pengeluar luar yang mempunyai penawaran di pasaran. Terkini, salah satu syarikat tempatan turut memperlihatkan rekaan basikal elektrik mereka tersendiri yang bakal dipasarkan bermula tahun hadapan.

Voltron Basikal Elektrik

Voltron Basikal Elektrik

Dinamakan sebagai Voltron, ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti 36V 6.6AH yang mana mampu bertahan untuk penggunaan pemanduan sehingga 55km dengan sekali pengecasan. Untuk tujuan pengecasan pula, ia menggunakan kabel menyerupai pengecas komputer riba, dan mengambil masa sekitar 3-5 jam untuk penuh.

Basikal elektrik ini hadir dengan dua rekaan, dimana yang pertama motor elektrik diletakkan pada bahagian tayar belakang, dan satu lagi pada bahagian tengah di pedal basikal. Pengguna boleh mengawal kegunaan motor sehingga ke 4 tahap berbeza mengikut keadaan muka bumi, dan menawarkan kadar kelajuan sehingga 25km/j.

Voltron Basikal Elektrik

Voltron Basikal Elektrik

Voltron Basikal Elektrik

Menurut pembangunnya, ia lebih ditujukan untuk memudahkan pengguna ketika mengayuh basikal – terutamanya ketika mendaki bukit, dan beberapa keadaan muka bumi berbeza.

Voltron ini selain memudahkan pengguna, ia juga akan dipasarkan sebagai kenderaan mesra alam. Mereka menyasarkan untuk memasarkan basikal elektrik ini di Malaysia pada tahun 2016 kelak, dan mungkin kita akan melihat ia turut diguna-pakai dibeberapa agensi kerajaan atau di universiti.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Basikal Yang Dilengkapi Dengan Tujahan Berasaskan Motor Elektrik Dari Malaysia Diperlihatkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info