Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Animasi GIF Di Twitter Kini Boleh Dikawal Kehadapan Atau Kebelakang

Sokongan animasi GIF dimulakan di Twitter pada Jun yang lalu. Sejak dari hari tersebut jutaan GIF dikongsi oleh pengguna. Kebanyakan GIF yang dikongsi adalah pendek dan mudah ditonton. Tetapi kadang kala kami menemui GIF yang panjang dan sekiranya terlepas beberapa babak anda terpaksa menanti animasi untuk bermula semula.

Twitter hari ini memperkenalkan fungsi baru yang diberi nama ScratchReel. Animasi GIF yang dimuat naik kini boleh dikawal animasinya ke hadapan ataupun ke belakang. Kawalan dilakukan dengan menyentuh gambar dan mentatal ke kanan untuk bergerak ke hadapan dan mentatal ke kiri untuk bergerak ke belakang. Buat masa ini hanya beberapa animasi GIF yang menyokong ScratchReel. Animasi GIF yang menyokong fungsi ini akan mempunyai paparan ikon jari dengan anak panah pada sebelah kanan dan kirinya. Pengguna biasa masih tidak boleh memuat naik GIF yang boleh dikawal seperti ini. Twitter dikatakan hanya akan memberikan kemampuan memuat naik GIF boleh dikawal ini kepada jenama-jenama tertentu sahaja untuk digunakan sebagai teknik pengiklanan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Animasi GIF Di Twitter Kini Boleh Dikawal Kehadapan Atau Kebelakang"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info