Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Activision Blizzard Mengambil-Alih Pembangun Candy Crush Saga, King – Pada Nilai RM25.26 Bilion

Activision Blizzard yang sedia terkenal dalam arena permainan hari ini membuat pengumuman mengejut, dimana mereka mengambil-alih penerbit permainan popular Candy Crush Saga, iaitu King pada nilai keseluruhan mencapai $5.9 bilion (~RM25.26 bilion).

Activision Blizzard terkenal sebagai pengeluar francais permainan ternama seperti Call of Duty, World of Warcraft dan StarCraft. Ketiga-tiga permainan ini menjadi pilihan pemain komputer tegar kerana kualiti grafik yang tinggi serta memerlukan pemain mempunyai kefahaman strategi yang tinggi. Tahun lalu mereka mencatatkan keuntungan mencecah $4.4 Billion. Sebuah filem Warcraft juga akan muncul di layar perak tahun hadapan.

Candy Crush Saga

Melalui pengambil-alihan ini, Activision Blizzard boleh memperluaskan pengguna permainan mereka bukan hanya kepada pemain di konsol dan PC sahaja, sebaliknya turut menambah angka pengguna pemain kasual dan juga wanita. Candy Crush Saga adalah antara permainan aplikasi pintar yang paling menguntungkan pernah dihasilkan dengan pembelian dalam aplikasi mencecah $1.4 Billion tahun lalu.

Seperti ramai sedia maklum, King sedia terkenal dalam arena permainan Candy Crush – dimana beberapa variasi daripadanya turut telah hadir akhir-akhir ini. King walaupun melalui proses pengambil-alihan, masih akan beroperasi sebagai unit berasingan buat masa ini – sekaligus memberikan mereka lebih kebebasan dalam membuat keputusan dan hadir dengan pelbagai permainan menarik untuk pengguna kasual dan peranti mudah-alih.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Activision Blizzard Mengambil-Alih Pembangun Candy Crush Saga, King – Pada Nilai RM25.26 Bilion"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info