Sembang Maniac

Sembang-sembang je

YouTube Red Diumumkan – Langganan Berbayar YouTube Tanpa Iklan, Dan Sokongan Offline

Google hari ini secara rasminya memperkenalkan YouTube Red, iaitu perkhidmatan baru memfokuskan kepada peminat YouTube dalam menikmati perkhidmatan video terkemuka tersebut tanpa sokongan iklan pada harga langganan $9.99 sebulan. Buat masa ini ia hanya terhad untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja – seperti biasa.

YouTube Red

YouTube Red ini, selain membolehkan pengguna menikmati YouTube tanpa iklan, ia juga akan menawarkan pengguna untuk menyimpan video untuk ditonton secara offline melalui telefon atau tablet.

YouTube turut mengatakan mereka turut bekerjasama dengan beberapa penerbit kandungan untuk menawarkan siri video dan filem yang khusus untuk YouTube.

YouTube Red

Disamping itu, Google turut mengumumkan YouTube Music yang mana direkabentuk untuk memudahkan pengguna untuk menemui, menonton dan mendengar muzik daripada YouTube. YouTube Music ini akan ditawarkan sebagai aplikasi berasingan tidak lama lagi.

Dengan pengumuman baru ini, ia menjadikan Google menawarkan beberapa aplikasi berbeza dibawah jenama YouTube, termasuk YouTube Gaming dan YouTube Kids yang telah diumumkan sebelum ini.

Buat masa ini, ia hanya disasarkan untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperluaskan untuk pasaran tempatan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "YouTube Red Diumumkan – Langganan Berbayar YouTube Tanpa Iklan, Dan Sokongan Offline"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info