Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ubuntu 16.04 Akan Dikenali Dengan Nama Kod Xenial Xerus

Menjadi tradisi untuk pembangun Ubuntu mengumumkan nama kod sistem operasi akan datang mereka sebelum memperkenalkan versi baru sistem operasi mereka dikeluarkan. Dengan Ubuntu 15.10 yang bakal hadir dalam masa terdekat ini, hari ini Mark Shuttleworth telah pun mengumumkan nama kod untuk versi Ubuntu akan datang.

UbuntuVersi Ubuntu akan datang yang dijadualkan pada April 2016 kelak akan dinamakan sebagai “Xenial Xerus”. Ubuntu 16.04 ini kelak akan menjadi versi LTS – yang mana menerima sokongan untuk jangka masa panjang.

Melaluinya kelak, selain mengoptimasikan sistem operasi untuk pengguna desktop, ia juga akan turut dioptimasikan untuk peranti berhubung (IOT), pelayan, dan pelbagai peranti lain dengan fokus Canonical untuk membawa sistem operasi mereka untuk pelbagai peranti.

Jadi, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh Ubuntu 16.04 pada April 2016 kelak, dan pada masa yang sama menantikan penawaran Ubuntu 15.10.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ubuntu 16.04 Akan Dikenali Dengan Nama Kod Xenial Xerus"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info