Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Twitter Polls Diperkenalkan – Memudahkan Anda Membuat Bancian Ringkas Melalui Tweet

Twitter telah menguji fungsi Twitter Polls beberapa minggu lepas dikalangan beberapa pengguna. Hari ini, penyedia perkhidmatan sosial berkenaan secara rasminya mengumumkan fungsi tersebut, dan akan mengaktifkan fungsi tersebut kepada semua pengguna bermula hari ini.

Twitter Polls

Melalui fungsi Twitter Polls, pengguna boleh membuat Tweet dengan integrasi pilihan bancian, memudahkan untuk pengguna lain untuk mengundi pada Tweet anda. Twitter mengatakan ini memberikan kaedah dan cara baru untuk pengguna berinteraksi dengan rakan-rakan mereka, sebagai contoh memudahkan mereka membuat pilihan nama haiwan peliharaan, serta memudahkan proses membuat keputusan lain.

Setiap Twitter Poll yang dibuat akan aktif selama 24 jam, dan semua boleh mengundi padanya. Twitter tidak akan memaparkan siapakah yang mengundi pada pilihan yang mana satu – sekaligus menjaga privasi pengguna lain.

Fungsi membuat Twitter Poll ini diumumkan untuk pengguna Twitter pada web, iOS dan juga Android buat masa ini.

Twitter Polls



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Twitter Polls Diperkenalkan – Memudahkan Anda Membuat Bancian Ringkas Melalui Tweet"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info