Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Telefon Tahan Lasak Droid Turbo 2 Akan Dikenali Sebagai Moto X Force Untuk Pasaran Antarabangsa

Beberapa hari yang lalu Motorola melancarkan Droid Turbo 2 yang dijual eksklusif untuk pelanggan syarikat telekomunikasi Verizon di Amerika Syarikat. Peranti ini menggunakan teknologi ShatterShield yang menjamin skrinnya tidak akan pecah berderai. Ianya direka khas untuk mereka yang mahukan peranti yang tahan lasak. Motorola mengesahkan Droid Turbo 2 akan dijual untuk pasaran antarabangsa November ini dengan nama baru Moto X Force.

Moto-X-Force-1

Dari segi spesifikasi Moto X Force mempunyai skrin 5.4″ P-OLED QHD, pemproses Snapdragon 810, RAM sebesar 3 Gigabyte dan muatan dalaman 32/64 Gigabyte (MikroSD seingga 2 Terabyte). Kemampuan optik pula ialah kamera utama 23 Megapixel PDAF f/2.0 dan kamera hadapan 5 Megapixel f/2.0. Bateri adalah sebesar 3760 mAh dengan sokongan pengecasan tanpa wayar. Motorola mendakwa ini adalah cukup untuk penggunaan berterusan selama dua hari.

Moto X Force ialah peranti paling berkuasa dihasilkan oleh Motorola tahun ini. Tiga lagi peranti yang dilancarkan sebelum ini ialah Moto X Style yang berskrin 5.7″ dengan pemproses Snapdragon 808 dan Moto X Play yang berskrin 5.5″ dengan pemproses Snapdragon 617 dan Moto G yang berskrin 5″ dengan pemproses Snapdragon 410.

Moto-X-Force-2

Harga jualan yang diketahui setakat ini ialah £499 (RM 3312) untuk versi 32 Gigabyte dan £534(RM 3544) untuk versi 64 Gigabyte. Ini adalah harga yang amat mahal bagi sebuah peranti. Tetapi harus diingatkan harga jualan di United Kingdom memang jauh lebih mahal dari harga jualan negara lain dan anda memilki peranti yang amat tahan lasak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Telefon Tahan Lasak Droid Turbo 2 Akan Dikenali Sebagai Moto X Force Untuk Pasaran Antarabangsa"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info