Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sokongan Pemalam Untuk Pelayar Web Microsoft Edge Hanya Akan Hadir Pada 2016?

Microsoft Edge merupakan pelayar web terbina yang hadir dengan Windows 10, membawakan sokongan untuk pelbagai teknologi web yang baru. Sejak diperkenalkan, ia menerima maklumbalas yang baik – jauh lebih baik daripada Internet Explorer, tetapi satu-satunya perkara yang dinantikan ramai adalah sokongan pemalam untuknya.

Microsoft Edge

Microsoft sebelum ini telah mengumumkan mereka akan membawakan sokongan pemalam pada pelayar web berkenaan, tetapi tidak memberikan sebarang tarikh untuknya. Kini, mengikut desas-desus, Microsoft dikatakan hanya akan memperkenalkan sokongan pemalam pada Microsoft Edge pada tahun hadapan – 2016.

Melalui sokongan pemalam, ia membolehkan pengguna untuk menggunakan beberapa fungsi tambahan pada pelayar web – terutamanya daripada perisian atau perkhidmatan pihak ketiga.

Microsoft dilaporkan masih belum menghubungi pembangun untuk membangunkan pemalam mereka untuk Edge. Mungkin jika kita tidak melihat sebarang perubahan untuk pembangun dalam beberapa minggu lagi, maka kita tidak akan melihat sokongan pemalam untuk pengguna umum pada tahun ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sokongan Pemalam Untuk Pelayar Web Microsoft Edge Hanya Akan Hadir Pada 2016?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info