Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pengguna Produk Apple? Berjaga-jaga Dengan Scam Baru Melibatkan Bantuan Teknikal

Dengan perkembangan arena internet dan teknologi, salah satu perkara yang turut meningkat dari hari ke hari adalah serangan dari segi sekuriti dan privasi dalam bentuk malware, scam dan sebagainya.

Ara Apple

Kini, pengguna produk Apple, terutamanya Mac (dan juga iOS), dilihat menjadi mangsa serangan scam bentuk baru – iaitu dengan menawarkan pautan laman bantuan Apple yang palsu, sekaligus mencuri data daripada pengguna.

Scam ini dilihat menggunakan bentuk URL palsu yang menyerupai laman bantuan rasmi Apple di ara.apple.com. Melalui laman palsu yang memperlihatkan seperti pautan untuk memuat-turun beberapa perisian, sekaligus mencuri beberapa data peribadi pengguna termasuk maklumat kad kredit dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan peranti Mac, mungkin perlu berjaga-jaga dengan pautan-pautan palsu, dan tidak memasang sebarang perisian atau memberikan data di laman-laman yang tidak dikenali.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pengguna Produk Apple? Berjaga-jaga Dengan Scam Baru Melibatkan Bantuan Teknikal"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info