Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ParkEasy Ingin Memudahkan Anda Membuat Tempahan Tempat Letak Kereta Di Pusat Membeli-Belah

Salah satu masalah besar untuk mereka yang memandu kenderaan adalah kesukaran untuk menemui tempat letak kereta – terutamanya dalam bangunan seperti pusat membeli-belah. Untuk memudahkan proses ini, salah satu aplikasi yang masih pada peringkat awal pengenalan adalah ParkEasy.

ParkEasy

ParkEasy merupakan sebuah aplikasi mudah-alih, dimana menggunakannya, anda boleh membuat tempahan tempat letak kenderaan, dan ia akan menyimpan lokasi tempat letak untuk anda di dalam sesuatu bangunan. Anda juga boleh menyemak tempat letak kereta yang kosong pada sesuatu bangunan sebelum memulakan perjalanan ke sana.

Aplikasi ParkEasy turut hadir dengan sokongan navigasi, dimana sebaik sahaja anda tiba di sesuatu bangunan, ia akan memperlihatkan arah perjalanan ke tempat letak kenderaan yang dipilih. Tempat letak kenderaan yang telah ditempah akan dilabelkan dengan nombor plat kenderaan, dan dipaparkan menggunakan papan tanda LED.

ParkEasy

Menurut pihak ParkEasy, mereka akan mengenakan caj antara RM3-4 untuk membuat tempahan tempat letak kenderaan menggunakan aplikasi berkenaan, dan pengguna boleh membuat tempahan sehingga seawal 2 hari menggunakan aplikasi berkenaan.

Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat awal, dan masih belum diimplementasikan di pusat membeli-belah. Mereka juga masih belum memberikan tarikh pasti berkenaan bilakah ia akan diperkenalkan secara meluas di Malaysia – terutamanya Lembah Klang.

Layari : ParkEasy


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "ParkEasy Ingin Memudahkan Anda Membuat Tempahan Tempat Letak Kereta Di Pusat Membeli-Belah"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info