Sembang Maniac

Sembang-sembang je

OnePlus Memperkenalkan Aplikasi Reflexion Untuk Android Dan iOS

OnePlus pada minggu ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka dinamakan OnePlus X. Memfokuskan kepada pemasaran jenama “X” mereka, kini mereka turut menerbitkan aplikasi fotografi khusus dinamakan sebagai Reflexion untuk pengguna Android dan juga iOS.

Reflextion

Melalui aplikasi Reflexion ini, pengguna boleh merakamkan gambar dengan kesan pantulan – menggunakan kamera hadapan dan juga belakang. Secara ringkas, menggunakan kamera hadapan, anda akan merakamkan gambar pada sebelah kiri yang dipantulkan ke kanan – dan juga kamera belakang untuk merakamkan gambar atas yang dipantulkan ke bawah.

Reflexion ini memberikan kesan yang menarik pada gambar mengikut beberapa situasi. Tiada pelbagai kawalan yang disediakan oleh aplikasi ini – sebagai contoh ingin menggunakan kamera belakang sahaja atau sebaliknya. Pengguna hanya boleh mengubah posisi tengah titik pertemuan “X” pada gambar tersebut untuk menjadikan gambar berkenaan lebih unik lagi.

Aplikasi ini ditawarkan untuk semua pengguna peranti Android – dan menariknya juga untuk pengguna iOS. Seperti biasa, ia ditawarkan secara percuma untuk pengguna.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "OnePlus Memperkenalkan Aplikasi Reflexion Untuk Android Dan iOS"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info