Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Nokia 222 Kini Tiba Di Malaysia – Telefon Bimbit Dengan Masa Bertahan Sehingga 29 Hari

Microsoft Malaysia hari ini telah memperkenalkan satu lagi peranti baru untuk pasaran tempatan, iaitu Nokia 222. Nokia 222 ini adalah salah satu telefon bimbit dengan fungsi asas, dan turut hadir dengan masa bertahan bateri yang lama.

Nokia 222

Telefon bimbit ini membawakan rekaan klasik, hadir dengan skrin berwarna bersaiz 2.4-inci, dan dilengkapi papan kekunci fizikal pada bahagian bawah. Pengguna boleh mengakses internet menggunakan Opera Mini melalui telefon ini, selain turut menggunakan Facebook, dan Twitter.

Telefon bimbit ini turut hadir dengan kamera 2-megapixel, dan menyokong rangkaian 2.5G. Microsoft mengatakan ia mempunyai masa bertahan sehingga 29 hari lamanya, selain menawarkan masa panggilan 2G sehingga 20 jam. Pengguna turut boleh menikmati radio FM melalui telefon ini, selain memperluaskan storan sehingga 32GB melalui kad mikro-SD.

Pengguna yang berminat mendapatkannya, mungkin boleh ke kedai Microsoft terdekat. Ia dijual di Malaysia pada harga RM209.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nokia 222 Kini Tiba Di Malaysia – Telefon Bimbit Dengan Masa Bertahan Sehingga 29 Hari"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info