Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Mengintegrasikan Outlook Dan Sunrise – Akan Menamatkan Aplikasi Sunrise

Klien emel Outlook pada Android dan iPhone boleh dikatakan antara klien emel terbaik, memudahkan pengurusan emel pengguna, dan hadir dengan beberapa ciri-ciri menarik. Hari ini, Microsoft turut mengumumkan kemaskini untuknya yang membawa beberapa elemen baru dari segi rekabentuk, selain turut mengintegrasikan fungsi baru.

Salah satu perkara yang paling ketara adalah pengenalan integrasi Sunrise terus pada Outlook. Dengan ini, pengguna boleh menguruskan emel, dan pada masa yang sama menyemak dan menguruskan kalendar mereka melalui satu aplikasi sama.

Microsoft Outlook

Microsoft Outlook

Bersama-sama pengumuman kemaskini untuk Outlook ini, Microsoft turut mengatakan mereka akan menamatkan aplikasi Sunrise sebagai aplikasi berasingan tidak lama lagi – selepas kesemua fungsi Sunrise diintegrasikan pada Outlook.

Selain daripada itu, kini aplikasi Outlook menggunakan rekaan elemen yang mesra dengan rekaan sistem operasi iOS dan juga Material Design pada Android. Ini bermakna, aplikasi Outlook membawa sedikit rekaan yang berbeza untuk peranti iOS dan Android – tetapi menjadikan ia lebih mesra pengguna dan selari dengan penggunaan sistem operasi masing-masing.

Kemaskini baru ini sedia dimuat-turun oleh pengguna iOS hari ini, dan ia bakal hadir ke Android tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Mengintegrasikan Outlook Dan Sunrise – Akan Menamatkan Aplikasi Sunrise"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info