Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Konsep) Drasphone – Telefon Pintar Dengan Skrin Boleh Lipat

Telefon pintar dengan skrin lipat masih belum wujud di pasaran. Secara teori peranti dengan skrin boleh lipat adalah lebih kompak dan pengguna tidak perlu risau skrin akan retak apabila dimasukkan di dalam poket. LG dan Samsung adalah dua syarikat yang mempunyai paten skrin boleh lentur. Kedua-duanya juga dilaporkan sudahpun menghasilkan peranti prototaip untuk melihat kebolehgunaan teknologi ini di dunia sebenar.

Drasphone 2

Drasphone ialah sebuah lagi konsep peranti pintar dengan skrin boleh lipat. Ia menggunakan teknologi skrin DRAS (Digital Resistive Area Sensing) yang didakwa lebih baik dari skrin sesentuh kapasitif yang digunakan sekarang. DRAS juga boleh mengesan tekanan jari secara terus tanpa perlu meletakkan sensor tambahan di belakang skrin. Kemampuannya untuk melentur membolehkan Drasphone dilipat menjadi bongkah kecil apabila tidak digunakan. Konsep peranti boleh lipat ini menarik tetapi adakah ia sesuatu yang diinginkan pengguna. Apakah pendapat anda? Secara peribadi kami lebih inginkan peranti pintar yang mempunyai bateri yang bertahan melebihi dua hari pada penggunaan berat.

Drasphone 1

Drasphone 3



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Konsep) Drasphone – Telefon Pintar Dengan Skrin Boleh Lipat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info