Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kemaskini Windows 10 “Threshold 2” Dilaporkan Akan Hadir Pada November 2015

Windows 10 telah dilancarkan pada bulan Julai 2015 yang lepas, dan kini Microsoft dalam terus menjadikan sistem operasi berkenaan lebih baik, gergasi perkomputeran berkenaan dilaporkan akan memperkenalkan kemaskini besar seterusnya dipanggil dengan nama kod “Threshold 2” pada bulan hadapan.

Windows 10 Wallpaper

Kemaskini baru ini dilaporkan akan memfokuskan untuk mengatasi beberapa masalah sebelum ini, termasuk menawarkan lebih pilihan kepada pengguna untuk antaramuka – termasuk dari segi pewarnaan title-bar untuk tetingkap aplikasi, dan penambahan lajur baru untuk Live Tiles di menu Start. Beberapa aplikasi dijangka akan turut menerima kemaskini, termasuk aplikasi Skype. Pelayar web Microsoft Edge pula sebelum ini telah diperkatakan hanya akan menerima sokongan pemalam pada tahun hadapan.

Nama akhir kemaskini ini dikatakan akan dikenali sebagai Windows 10 Fall Update. Kemaskini baru ini secara berperingkat dalam bentuk kumulatif, dan bukannya secara menyeluruh.

Buat masa ini, Microsoft masih belum mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan kemaskini ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kemaskini Windows 10 “Threshold 2” Dilaporkan Akan Hadir Pada November 2015"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info