Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kasut Pintar Nike Daripada Filem Back To The Future Akan Hadir Pada Tahun Depan

Pada filem Back To The Future II yang ditayangkan pada 1989 lepas, beberapa perkara futuristik diperlihatkan, termasuk baju yang boleh sesuaikan saiz sendiri, kenderaan boleh terbang, iklan interaktif, dan juga kasut pintar yang boleh mengetatkan tali secara automatik.

Nike MAG 2016

Ramai yang menantikan beberapa perkara yang diperlihatkan pada filem tersebut direalisasikan, dan salah satunya adalah kasut pintar berkenaan yang ketika itu menggunakan jenama Nike. Lanjutan daripada pelbagai kajian dan pembangunan, kini NIKE sendiri memperlihatkan kasut berkenaan secara realiti, dan mengatakan akan menjualnya pada tahun hadapan.

Melalui kasut pintar berkenaan, apabila pengguna memakainya, ia akan mengetatkan tali secara automatik mengikut saiz kaki pengguna.

NIKE mengatakan teknologi ini masih pada peringkat awal, dan tidak mustahil untuk mereka membawa teknologi sama kepada pelbagai variasi dan penawaran kasut mereka pada masa hadapan.

Kasut Nike MAG pintar ini akan dijual pada tahun hadapan – dimana ia akan ditawarkan dalam bentuk lelong untuk mengumpulkan dana untuk badan kebajikan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kasut Pintar Nike Daripada Filem Back To The Future Akan Hadir Pada Tahun Depan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info