Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Jabra Memperkenalkan 4 Fon Telinga Terbaru Di Malaysia

Pada tahun lepas, Jabra telah memperkenalkan 4 peranti baru untuk pasaran Malaysia dan selang setahun daripada tarikh 24 Ogos 2014, pada hari ini Jabra turut memperkenalkan 4 peranti fon telinga baru yang lebih memfokuskan kepada gaya hidup yang lasak serta bergaya. Empat peranti tersebut adalah Jabra Eclipse, Jabra STEEL, Jabra Sport Pace Wireless dan juga Jabra Halo Fusion.

Jabra-Launch-008

Jabra Eclipse merupakan fon telinga terbaru yang hadir dengan pembesar suara yang berkualiti tinggi dan yang teringan berbanding peranti Jabra yang lain, seberat 5.5 gram. Ia juga didatangkan dengan bekas khusus yang mampu mengecas fon telinga tersebut, dan memberikan jumlah masa berbual selama 10 jam. Ia juga turut menyokong sambungan mudah menggunakan NFC dan ditawarkan pada warna hitam dan putih.

Jabra-Launch-009

Jika anda merasakan anda tidak memerlukan aksesori bekas pengecas seperti Jabra Eclipse, Jabra STEEL pula mengetengahkan rekaan kontemporari dengan waktu berbual sepanjang 6 jam. Ia juga kalis air dan gegaran, dan mempunyai jaminan selama 5 tahun. Terdapat juga sistem dwi-mikrofon bagi menjamin kualiti perbualan menggunakan peranti ini.

Jabra-Launch-011

Jabra Sport Pace Wireless merupakan pilihan terbaru yang diberikan Jabra untuk pengguna yang menginginkan peranti audio yang tahan lasak dan kalis cuaca sperti hujan dan debu, serta hentakan. Ia hadir dengan tiga pilihan warna iaitu merah, biru dan kuning dan seperti peranti Jabra untuk kecergasan, terdapat pengesan kecergasan yang boleh mengesan aktiviti sukan yang dilakukan pengguna.

Jabra-Launch-010

Peranti keempat yang diperkenalkan adalah Jabra Halo Fusion. Sedikit berbeza dengan yang lain, pengguna hanya perlu meletakkan cekak pada leher yang berfungsi sebagai mikrofon dan juga mempunyai butang kawalan untuk melakukan panggilan. Menariknya peranti ini juga membolehkan pengguna menukar mod penggunaan sama ada untuk menjawab panggilan atau mendengar lagu. Jika anda lebih menggemari untuk mendengar lagu atau panggilan pada format stereo, Jabra Halo Fusion ini lebih sesuai untuk anda.

Jabra Eclipse dijual pada harga RM 569 dan Jabra Steel dijual pada harga RM 449. Bagi Jabra Halo Fusion pula, ia dijual pada harga RM 249 manakala Jabra Sport Pace dijual pada harga RM 399. Keempat-empat peranti ini boleh diperoleh di kedai yang menjual peralatan elektronik dan komputer seperti All IT Hypermarket, Harvey Norman, dan juga Viewnet Computer Systems.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Jabra Memperkenalkan 4 Fon Telinga Terbaru Di Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info