Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Honor Mengumumkan Nama Akhir Untuk Jam Tangan Pintar Mereka – Honor Band Z1

Honor sebelum ini telah memperkenalkan Honor Band, tetapi ketika itu, nama tersebut bukanlah nama akhir untuk peranti berkenaan. Kini, selang beberapa bulan, Honor secara rasminya mengumumkan nama akhir untuk produk mereka, dinamakan sebagai Honor Band Z1.

Honor Band Z1

Honor Band Z1 membawakan rekaan yang nipis dan skrin berbentuk bulat. Honor Band Z1 menggunakan sistem operasi tersendiri, dan ia menyokong fungsi asas seperti mengira langkah perjalanan, memantau kualiti tidur, menerima notifikasi untuk panggilan dan mesej.

Honor Band Z1 ini dikatakan mampu bertahan selama 3 hari lamanya, dan turut menawarkan sokongan kalis air.

Honor Band Z1 telah diumumkan di India pada harga INR5499 (~RM350). Pihak Honor Malaysia telah mula membuat bancian pada laman Facebook mereka untuk melihat adakah pengguna tempatan berminat untuk mendapatkannya.

Huawei Honor Band

Huawei Honor Band

Huawei Honor Band

Huawei Honor Band



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Honor Mengumumkan Nama Akhir Untuk Jam Tangan Pintar Mereka – Honor Band Z1"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info