Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Melancarkan Koleksi Street View Khusus Untuk Kawasan Menarik Di Sabah

Google melalui perkhidmatan Street View mereka, selain meliputi jalan raya Malaysia, mereka juga turut mempunyai beberapa gambar yang dirakamkan khusus – biasanya dilokasi-lokasi tumpuan pelancong. Di Malaysia, hari ini Google Malaysia telah melancarkan imej Street View khusus untuk beberapa lokasi menarik sekitar Sabah.

Google Maps Sabah

Berkongsi mengenainya, Google mengatakan kini pengguna boleh “mendaki” Gunung Kinabalu, “berjalan” di pantai Pulau Kapalai, dan “saksikan” pemandangan langit menarik di Pulau Mabul.

Seperti biasa, semuanya boleh dinikmati pengguna terus daripada komputer di rumah atau menggunakan telefon pintar anda di Google Maps.

Penambahan ini membawa kepada episod seterusnya dalam liputan Street View di Malaysia. Sebelum ini, Google telah mengumumkan liputan majoriti jalan raya utama di Semenanjung Malaysia, selain turut merakamkan gambar persisiran pantai Semenanjung. Mungkin dengan selesainya majoriti rakaman di Semenanjung, kini Google Malaysia telah mula memberikan perhatian kepada Sabah dan Sarawak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Melancarkan Koleksi Street View Khusus Untuk Kawasan Menarik Di Sabah"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info