Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Chrome Kini Menyertakan Fungsi Untuk Mute Tab

Ada kalanya yang anda tidak ingin mendengar bunyi daripada sesuatu tab, terutamanya jika ia memainkan iklan di latar tanpa pengetahuan. Untuk memudahkan fungsi ini, kini Google melalui pelayar web Chrome mereka menyertakan fungsi yang dinamakan sebagai “Mute Tab”.

Google Chrome Mute Tab

Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna hanya perlu mengemaskini pelayar web anda kepada versi terbaru, dan seterusnya apabila anda klik-kanan di atas sesuatu tab, ia akan memaparkan menu untuk Mute Tab.

Bagi anda yang sering membuka pelbagai tab, dan inginkan lebih kawalan berkenaan dengan audio yang dimainkan oleh sesuatu tab, fungsi ini semestinya sangat membantu dan tidak lagi perlu mengawal kadar volume pada komputer secara manual.

Muat-Turun Google Chrome


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Chrome Kini Menyertakan Fungsi Untuk Mute Tab"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info