Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Firma Hong Kong Membeli Pegangan Majoriti Pada YotaPhone – Pengeluar Telefon Dwi-Skrin

Yota Phone merupakan salah satu peranti yang mempunyai keunikkan tersendiri, dimana peranti mereka membawa dwi-skrin, iaitu skrin pada bahagian hadapan dan juga belakang. Peranti mereka menggunakan sistem operasi Android, tetapi boleh dikatakan agak kurang menerima permintaan di Malaysia.

YotaPhone2

Kini, firma pelaburan di Hong Kong, iaitu REX Global Entertainment mendapatkan pegangan sebanyak 64.9% pada syarikat Russia berkenaan, sekaligus memegang pegangan majoriti. Firma tersebut mendapatkan pegangan tersebut pada harga $100 juta.

Melalui pelaburan ini, Yota dijangka akan melaburkan ia dalam pembangunan produk baru – termasuk YotaPhone 3, selain pada masa yang sama menggunakan sebahagiannya dalam pemasaran ke negara-negara baru. Yota dikatakan akan hadir dengan peranti yang kompetitif, disamping memfokuskan pasaran China dan juga Asia Tenggara.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Firma Hong Kong Membeli Pegangan Majoriti Pada YotaPhone – Pengeluar Telefon Dwi-Skrin"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info