Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Farmlab – Kebun Sayur Mesra Alam Di Tengah Kota Menggunakan Baja Ikan Talapia

Sekiranya apokalips melanda dunia esok penghuni bandar adalah yang pertama akan mati akibat kelaparan. Penduduk bandar bergantung kepada barangan makanan yang dibawa masuk dari luar bandar. Ini adalah di dalam bentuk makanan bertin ataupun sayuran segar. Kekurangan kawasan bercucuk tanam di dalam bandar urban membuatkan penghuni bandar amat bergantung kepada lori yang membawa bekalan makanan. Lori-lori ini meninggalkan telapak karbon dioksida yang besar dan menyumbang kepada pencemaran yang sememangnya teruk di bandar besar.

Edenworks-3

Di New York kini sudah terdapat banyak inisiatif individu untuk mengurangkan pergantungan kepada sumber makanan luar. Kebun sayur mula dibuka di atas bumbung bangunan dan menjadi sumber makanan komuniti setempat. Farmlab ialah sebuah kebun sayur seluas 800 kaki persegi di kota New York. Ia terletak di dalam sebuah rumah kaca di atas sebuah apartmen. Keunikan Farmlab ialah ianya juga sebuah kolam ternakan ikan talapia. Air berisi najis dari kolam takungan ikan digunakan untuk menanam sayur-sayuran secara hidroponik.

Ia sudah beroperasi sejak 2013 dan membuktikan penghasilan makanan organik dengan teknik mesra alam boleh dilakukan di tengah-tengah kota. Kekurangan Farmlab ialah kos yang tinggi untuk dimulakan iaiatu sekitar $900 000. Tetapi jika anda mahu terselamat dari mati kelaparan ketika apokalips, taman seperti ini amat diperlukan.

Edenworks-2



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Farmlab – Kebun Sayur Mesra Alam Di Tengah Kota Menggunakan Baja Ikan Talapia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info